Orang Semangat Kibar Jalur Gemilang, Dia Pula Pi Gunting Bendera Tepi Jalan! Lelaki Ini Jadi Buruan Polis

TERKINI
August 18, 2022 - 11:25 AM


Setiap tahun bila tiba bulan Ogos, ramai yang mula bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, premis perniagaan dan kenderaan masing-masing bagi menzahirkan rasa patriotik mereka kepada tanah air tercinta yang mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Namun berbeza dengan seorang individu yang dirakam video orang awam apabila dia bertindak khianat dengan menggunting deretan Jalur Gemilang yang dipasang di sepanjang jalan berhampiran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di ibu negara.

@iekakartika__

Dia rosakkan bendera malaysia wey , org tegur dia marah balik.. Tolong bgi viral biarr dia dapat balasan

♬ original sound - AfiqNeyo

Terdahulu, tular video berdurasi 38 saat dimuat naik di aplikasi TikTok menunjukkan lelaki berbaju merah dan memakai topi menggunting dan merosakkan beberapa bendera Jalur Gemilang.

Difahamkan terdapat pengguna jalan raya yang melihat kejadian tersebut bertindak menegur perbuatannya, namun malangnya mereka pula yang dimarahi oleh lelaki itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya dalam satu kenyataan berkata setakat ini tiada laporan dibuat oleh mana-mana individu berhubung kejadian tersebut.

Bagaimanapun, pihak polis ketika ini sedang giat mengesan dan memburu lelaki berkenaan.

Destination: