Pasang Spycam Di Tandas Pesawat, Warganegara Malaysia Dipenjara

TERKINI
August 30, 2019 - 05:15 PM


Seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 50 tahun baru-baru ini mengaku bersalah atas tindakannya memasang sebuah kamera kecil dalam tandas sebuah pesawat di US.

Menurut laporan NBC News, suspek dikatakan dalam penerbangan United Airlines dari San Diego menuju ke Houston telah memasang alat berkenaan dalam tandas kelas pertama penerbangan berkenaan.

Walaubagaimanapun, tindakan ini disedari oleh seorang wanita yang kebetulan ingin menggunakan tandas berkenaan dan mendapati ada objek yang mencurigakan.

Objek itu kemudian dikenalpasti oleh pramugara bertugas sebagai kamera. Suspek ditahan selepas rakaman kamera litar tertutup berjaya mengesahkan perbuatannya.

Suspek dijatuhi hukuman penjara selama dua bulan dan didenda sebanyak USD 6,000 (RM 27,300) oleh hakim di Houston.

Nota Editor : Bahaya betul orang sekarang ni. Untuk kita, sentiasa beringat kalau nak gunakan tandas awam. Kalau sempat, perhatikanlah objek-objek yang ada. Kalau mencurigakan, laporkan pada yang berkenaan.