Pelancong Dari Negara Sejuk Suka Bercuti Ke Malaysia, Menteri Yakin Cuaca Panas Tak Jejas Industri!

TERKINI
March 27, 2019 - 11:10 AM


Seperti yang kita tahu ketika ini Malaysia sedang dilanda gelombang cuaca panas hingga ada beberapa lokasi di utara tanah air mencecah suhu 40 darjah celcius.

Bagaimanapun, perkara itu tidak menjadi penghalang untuk pelancong terutama dari luar negara datang bercuti ke Malaysia, kerana ada antara mereka yang sememangnya menggemari keadaan cuaca panas.

Justeru Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi yakin musim panas kali ini menjadi kelebihan buat negara untuk menarik lebih ramai pelancong asing terutama dari negara beriklim sejuk.

Malah, beliau memberi jaminan keadaan cuaca ketika ini juga tidak akan menjejaskan sasaran kedatangan 28.1 juta pelancong ke Malaysia tahun ini.

Sumber BERNAMA

P/S: Betul juga kadang pelancong dari negara-negara Eropah ni memang suka datang Malaysia semata-mata nak berjemur tepi pantai atau ‘sunbathing’, asal dorang jangan berbogel je sudah! Hehehe….