Pelancong Malaysia Buat Hal Lagi Dan Dihalau Dari Airbnb di Jepun
TERKINISeakan menjadi trend warga Malaysia kini untuk melancong ke luar negara bagi meluaskan pemandangan dan pengalaman. Malahan ada yang turut berkongsi cara untuk menikmati percutian tersebut dengan bajet yang sangat minima membuatkan lebih ramai ingin merasainya sendiri.
Bagaimanapun tidak semua yang baru melancong ini memahami apa yang boleh dan tidak boleh di negara orang. Ada yang masih membawa minda 'tak mengapa' hingga menyusahkan diri. Lebih teruk apabila mereka membawa nama Malaysia hingga membuatkan ramai warga luar negara menganggap semua rakyat Malaysia minda kelas ketiga.
Baru terjadi di Jepun, sekumpulan warga Malaysia dihalau oleh tuan rumah Airbnb kerana telah melanggar peraturan yang digariskan. Kisahnya ketika mengisi borang, hanya seorang sahaja akan tinggal di penginapan tersebut tetapi sembilan orang muncul di lokasi tersebut membuatkan tuan rumah terkejut lalu menghalau mereka. Lebih teruk apabila polis turut dipanggil bagi menyuraikan keadaan dan kini mereka tiada tempat tinggal (seperti yang diceritakan, kesudahannya tidak diketahui).
Banyak kesalahan telah dilakukan oleh sekumpulan rakyat Malaysia tersebut seperti melanggar peraturan, tidak memberitahu perkara yang betul dan beranggapan semuanya akan okey. Hal inilah yang menyebabkan orang luar memandang serong rakyat Malaysia dan seterusnya menyebabkan kesukaran bagi orang lain untuk melancong pula.
Menurut segelintir netizen, ini bukanlah pertama kali dilakukan oleh rakyat Malaysia yang tidak beretika. Ada yang telah membuat aduan serta ulasan mengenai perkara ini. Tulisnya "For Malaysia they booked the place for three but 5 people show up."
Perangai tipikal beginilah yang dibawa oleh segelintir rakyat Malaysia yang kononnya percutian bajet. Apabila pulang dari bercuti, maka golongan inilah yang berbangga kerana dapat berjimat ketika bercuti. Mereka juga akan memberikan tip berjimat ketika melancong hingga ramai pula yang mengikut cara tersebut. Sebagai contoh melancong ke Jepun hanya RM1,000 untuk 10 hari sedangkan kenyataan sebenarnya terpaksa menipu untuk melancong.
Bagi netizen yang waras, setiap individu yang mahu melancong perlu membuat kajian sendiri terlebih dahulu mengenai undang-undang dan sebagainya. Tidak semua dikenakan bayaran tetapi perlu mengetahui peraturan terlebih dahulu. Ada juga netizen yang menempelak golongan ini sebagai 'tidak sedarkan diri' kerana berangan mahu melancong tetapi tidak mahu mengeluarkan duit.
Nampaknya mentaliti segelintir rakyat Malaysia tidak berubah walaupun telah melancong ke luar negara. Jadi, apa pendapat anda? -