Peminat Dewa 19 Diminta Bertenang, Konsert Tetap Berjalan Walau Ahmad Dhani Dipenjara

VIRAL
January 29, 2019 - 12:14 AM


Ada ura-ura mengatakan Konsert Reunion Dewa 19 Live In Malaysia akan dibatalkan selepas ketua kumpulan tersebut, Ahmad Dhani dijatuhi hukuman penjara selama 18 bulan hari ini.

Namun, dakwaan pembatalan konsert tersebut disangkal oleh pihak penganjur iaitu Nizra Production dan Konsert Reunion Dewa 19 tetap akan berlangsung seperti yang dijadualkan iaitu pada 2 Februari ini dengan dua vokalis asal kumpulan lagenda tersebut iaitu Once Mekel dan Ari Lasso.

“Tiada sebarang penundaan atau pembatalan konsert seperti yang digembar-gemburkan” – Kata pengarah urusan Nizra Production, Nik Iruwan.

Berbalik kepada hukuman yang dikenakan terhadap Ahmad Dhani, mahkamah Jakarta Selatan hari ini menjatuhkan hukuman selepas Ahmad Dhani didapati bersalah atas kesalahan menyebarkan kata-kata kebencian di laman sosial miliknya.

Nampaknya, kecewalah semua ‘baladewa’ yang ingin menyaksikan gabungan 3 vokalis ikonik Dewa 19.

Sementara nak tunggu konsert Dewa 19; jom layan dulu Duet daripada Once dan Ari Lasso ni :

EKSKLUSIF : Kredit via PolMuSoc; Gambar Terkini Ahmad Dhani di penjara 

 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video