
Pendaftaran i-Suri KWSP Bermula Hari Ini
VIRALKWSP mengumumkan pendaftaran Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) boleh dilakukan mulai hari ini (Rabu). Pendaftaran boleh dibuat di mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara.
Kepada mereka yang layak, dah boleh daftar ye.
KWSP dalam masa yang sama mengeluarkan kenyataan berkenaan suri rumah, balu dan ibu tunggal yang telah mendaftarkan diri di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) juga boleh menyertai i-Suri dengan caruman minimum boleh dibuat serendah RM5 setiap bulan ke akaun simpanan persaraan. Ini akan melayakkan mereka menerima insentif kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan yang dimasukkan ke akaun KWSP masing-masing.
Bagi individu yang menepati kelayakan dan mendaftar i-Suri akan menikmati manfaat yang sama seperti ahli KWSP seperti dividen tahunan atas simpanan persaraan, pengeluaran pada umur 50,55 dan 60, bantuan hilang upaya serta bantuan kematian.
Ini ada infografik berkenaan i-Suri :
Maklumat serta penjelasan lanjut mmengenai produk dan perkhidmatan KWSP boleh didapati di laman web KWSP -www.kwsp.gov.my atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP selain panggilan telefon ke Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000
Sumber - Bernama
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video