Penjawat Awam Ditemui Tak Bernyawa Di Kuarters Putrajaya, Rupanya Hidap "Bipolar Disorder"

TERKINI
December 14, 2022 - 11:37 AM


Seorang penjawat awam ditemui maut dipercayai menggantung diri di sebuah unit kuarters teres dua tingkat di Putrajaya, pagi Selasa (13 Disember 2022).

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, insiden itu dimaklumkan jiran mangsa yang melihat mangsa dalam keadaan tergantung dengan tali berlapik kain di leher di tepi tangga tingkat bawah rumah berkenaan.

Pihak bomba terpaksa memecah masuk rumah mangsa sebelum pasukan perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Jiran mangsa memaklumkan, mangsa kali terakhir dilihat pada pagi Sabtu lalu, namun dalam keadaan sihat.

“Ketika ditemui, mangsa memakai baju tshirt berwarna hitam dan masih berkain pelekat,” katanya ketika dihubungi.

Siasatan awal mendapati, tiada unsur jenayah ditemui di rumah mangsa -- malah pintu rumah berada dalam keadaan berkunci serta tiada kesan pecah masuk atau kesan umpil selain barangan peribadi si mati juga turut ditemui.

Hasil siasatan juga mendapati -- mangsa adalah duda anak tiga dan sudah bercerai empat tahun lalu, manakala kesemua anaknya pula menetap bersama bekas isteri.

Menurutnya, mangsa juga mempunyai rekod kesihatan mental dan laporan perubatan daripada Klinik Psikiatrik Hospital Putrajaya mendapati mangsa menghidap penyakit ‘Bipolar Disorder Type 1 in depressive Phase’.

“Mangsa juga sedang menerima rawatan di Klinik Psikiatrik Hospital Putrajaya sejak 26 September lalu dan mengambil ubat jenis Risperidone (ubat untuk kurangkan simptom masalah mental seperti Schizophrenia).

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sumber: UTUSAN

Destination: