
Perkhidmatan Tram Di Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Kajang
VIRALSuruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dikatakan dalam pertimbangan untuk menggunakan sistem Tram bagi menyediakan solusi kepada sistem pengangkutan awam di Malaysia.
Macam yang kita ketahui, negara seperti Hong Kong, Australia dan kota London ada menggunakan tram ini untuk memudahkan perjalanan seharian seterusnya mengatasi masalah kepadatan trafik di bandar-bandar mereka.
Selain akan menggunakan rel di atas jalan raya, Tram yang bakal dibina ini cadangknya akan disambungkan ke MRT di Kajang dan MRT 2 yang akan datang. Jaringan berjarak 53 kilometer ini masih menunggu kelulusan daripada pihak kerajaan dan kertas kerja sedang dirangka oleh pihak SPAD.
Untuk peringkat awal ini, Putrajaya, Cyberjaya, Kajang dan Bangi akan menggunakan perkhidmatan tram ini seterusnya diharapkan dapat menghubungkan penduduk disana dengan mudah selain dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Dikatakan SPAD telah melakukan kajian terhadap jaringan dan kawasan mana yang perlu mereka sediakan perkhidmatan ini. SPAD juga dalam proses mempelajari sistem yang digunapakai oleh negara Eropah dan Asia yang telah menggunakan sistem tram ini.
Perkhidmatan tram ini dipilih disebabkan kos yang murah dan mesra alam dan diharapkan ia akan mengurangkan kesesakan di empat bandar ini.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video