PLUS, LPT 2 Beri Diskaun Sebanyak 50% Sempena Aidilfitri

TERKINI
June 12, 2018 - 11:57 AM


Projek Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) dan Leburaya Pantai Timur 2 (LPT2) bakal memberi diskaun sebanyak 50% kepada semua pengguna pada Rabu dan Khamis ini iaitu pada 13 dan 14 Jun sempena sambutan Aidilfitri.

Menurut PLUS, diskaun tersebut akan diberikan berkuatkuasa dari 12.01 pagi hari Rabu sehingga 11.59 malam hari Khamis dan ia melibatkan semua kelas kenderaan dan ia akan diberikan secara langsung ketika bayaran atau transaksi dibuat dalam tempoh yang disebutkan.

Diskaun yang bakal diberikan ini merangkumi semua pembayaran di tol plaza PLUS dan LPT2, KECUALI di Plaza Tol Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar di Tambak, Johor.

Menurut laporan di Bernama pula, Jambatan Pulau Pinang akan mengenakan kadar tol sebanyak 70 sen untuk kenderaan kelas satu, kelas kedua (RM3.50), kelas ketiga (RM6), kelas keempat (RM12.50), kelas kelima (RM22.50), kelas keenam (RM30) dan kelas ketujuh (RM37.50) pada 13 dan 14 Jun ini.