PRN 2023 : 4 Calon PN Kedah 'Kantoi' Ada Profil Pendidikan Yang Sama?

TERKINI
August 01, 2023 - 02:55 PM


Ketika ini kehangatan pilihan raya di 6 buah negeri semakin terasa apabila tempoh berkempen telah pun bermula sehingga 12 tengah malam hari pengundian yang bakal berlangsung pada 12 Ogos depan.

Namun baru sahaja gendang pilihan raya dibunyikan, sudah ada insiden 'saling mencari kelemahan parti lawan' rancak dilakukan.

Antara yang mendapat perhatian di media sosial adalah kewibawaan 4 calon Perikatan Nasional (PN) di Kedah dikecam hebat selepas profil mereka didedahkan dan mendapati kesemua calon bertanding itu menggunakan latar belakang pendidikan yang sama.

Keempat-empat calon PN yang terlibat  Chuah See Heng (Kota Darul Aman), Radhi Mat Din (Alor Mengkudu), Rashidi Abdul Razak (Anak Bukit) dan Dzowahir Ab Ghani (Suka Menanti) -- yang mana di dalam profil pendidikan kesemua mereka dinyatakan sebagai lulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan Marshall University Huntington, Amerika Syarikat.

Ia sekaligus menimbulkan kekecohan dan kecaman daripada netizen yang mempersoalkan adakah kesemua mereka merupakan rakan sekelas atau sebenarnya keempat-empat calon bertanding itu telah 'kantoi' cuba membuat taktik semata-mata untuk memenangi pilihan raya negeri Kedah.

Bagaimanapun, menurut laporan Berita Harian -- PAS Kedah menyedari terdapat kesilapan maklumat terhadap beberapa profil calon Perikatan Nasional (PN) Negeri Kedah yang muncul dalam paparan skrin di Majlis Pengisytiharan Calon PN Kedah pada Rabu lalu.

Ketua Penerangan PAS Kedah, Mohd Azam Abd Samat, berkata terdapat empat calon yang menggunakan latar belakang pendidikan yang sama.

"Ia berlaku kerana kesilapan designer menggunakan template yang sama tetapi tidak menukar butiran calon yang lain.

"Bagaimanapun kesilapan hanya berlaku pada paparan skrin tetapi tidak berlaku kesilapan ketika profil calon dibacakan oleh pengacara majlis," katanya dalam satu dalam satu kenyataan.

Mohd Azam berkata, pihak penganjur sama sekali tidak berniat untuk memberi maklumat yang tidak tepat dan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku.

Destination: