Syed Saddiq Bakal Akhiri Zaman Bujang Sebelum PRU16? - Bocor Ahli Parlimen PAS

TERKINI
February 13, 2023 - 03:07 PM


Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan menamatkan zaman bujang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad berkata, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar menyatakan demikian kepada beliau di Parlimen hari ini.

“Tadi sempat berjumpa dengan YB Muar selepas perasmian oleh YDPA (Yang di-Pertuan Agong). Bila saya tanya bila hendak kahwin, saya kata jejaka handsome mesti kahwin cepat.

“Dia janji dengan saya, sebelum PRU16 dia akan kahwin. Saya doakan semoga Allah permudahkan urusan YB Syed untuk mendapat jodoh,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Idris berkata, Syed Saddiq selepas bergelar graduan selalu berkunjung ke pejabatnya di bangunan Parlimen semasa beliau menjadi Ahli Parlimen dari tahun 2013 sehingga 2018.

“Apabila orang hormat saya sekali, 10 kali saya hormat orang tersebut. Perbezaan parti, bangsa dan agama bukan halangan untuk saya bermesra dengan sesiapa pun,” katanya.

Untuk rekod -- bekas Menteri Belia dan Sukan itu dilahirkan pada 6 Disember 1992 di Johor Bahru, Johor dan merupakan anak bongsu daripada 4 adik-beradik.

Destination: