"PRU Dah Dekat?" - Pegawai Menteri Mula Kosongkan Pejabat
TERKINIKhabar angin berhubung pembubaran Parlimen mula bertiup kencang apabila sudah ada pegawai lantikan politik blok kerajaan mula mengosongkan pejabat mereka masing-masing hari ini.
Tindakan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan spekulasi pembubaran Parlimen yang akan dibuat dalam masa terdekat dimana ia dikhabarkan seawal Jumaat ini.
Salah seorang pegawai menteri ketika dihubungi memaklumkan, setakat ini, mereka belum menerima apa-apa arahan bagi proses mengosongkan ruang pejabat.
Bagaimanapun, individu terbabit menjelaskan akan mula mengemas ruang pejabat mereka bermula esok.
Blok pembangkang sebelum ini meramalkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pembubaran Parlimen sebelum pembentangan Bajet 2023 pada Jumaat ini.