"Rakyat Malaysia Ni Memang Baik Hati, Harmoni!" - Pemandu Lori Tersadai Dahaga, Netizen Datang Bantu

TERKINI
October 03, 2022 - 12:30 PM


Rakyat Malaysia memang terkenal dengan budi bahasa yang tinggi, saling menghormati dan sering membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

Sekali lagi, rakyat Malaysia membuktikan semangat keluarga Malaysia apabila seorang pemandu lori yang ditimpa kesusahan meminta bantuan di media sosial. Beliau berkongsikan satu posting dimana menunjukkan lokasi lorinya yang berada di samping jalan akibat kerosakan.

Dengan caption yang merayu sesiapa sahaja yang sudi membelikannya air kerana sangat dahaga.

Tak lama selepas itu, pemandu tersebut berkongsikan beberapa keping gambar menyatakan sesorang telah membelikannya air dan juga makanan. Wah hebat rakyat Malaysia, terharu dibuatnya. 

Pemandu lori tersebut turut menyatakan rasa syukur dan berterima kasihnya terhadap rakyat Malaysia yang membantunya di Twitter. Tahniah rakyat Malaysia kerana sering membantu tanpa mengira bangsa dan agama.

Destination: