Ramai 'Patah Hati' Lepas Tahu Khairul Aming Ada Girlfriend, Ini Jawapan Tuan Badan Jelaskan Siapa Wanita Misteri!

TERKINI
April 27, 2023 - 11:57 AM


Kelmarin, tular satu video di media sosial, yang memperlihatkan seorang personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming bersama seorang wanita di sebuah rangkaian francais kopi, Starbucks.

Menerusi video yang dimuat naik ke TikTok itu menunjukkan Khairul Aming dan wanita itu yang sedondon berbaju biru sedang berborak di luar Starbucks sambil menunjukkan sesuatu di telefon bimbitnya.

Kemesraan mereka itu telah membuatkan ramai wanita 'patah hati' melihat kemersaan Khairul Aming bersama wanita berkenaan.

@63emiz Episode 23 : abe @Khairulaming ♬ Kecundang by Masdo - Sofea Yaya

"Hati saya remuk, tahun depan baru nak join 30 hari 30 resepi," kata salah seorang netizen.

"Kena bertenang kejap, broken teruk ni," komen salah seorang warga maya.

"OMG cute giler GF dia," puji salah seorang pengikut laman sosial itu.

Bagaimana pun, Khairul Aming yang menyedari hal itu tampil menjelaskan perkara sebenar di Twitter.

Menurut Khairul Aming wanita berkenaan mengajaknya untuk melakukan konten TikTok bersama ketika dia hadir untuk membeli air di restoran berkenaan, namun gelagat mereka telah direkod oleh rakan wanita berkenaan dari arah belakang.

“Aduhh jauh twist ni. Aku kat Starbucks la beli air, adik ni datang, ‘bang cuba abang dengar lagu Afghan ni boleh tak kita buat tiktok lagu ni’.

"Me: ‘Alamak saya tak hafal lagu ni’. Pastu kawan dia rekod dari belakang hahahha," katanya.

Destination: