Remaja Maut Gara-Gara Bom Tangan Meletup Selepas Selfie

VIRAL
November 29, 2017 - 03:33 PM


Dek kerana nak banyak like di Instagram, seorang remaja Russia telah secara tak sengaja meletupkan dirinya sendiri apabila bom tangan yang digunakannya untuk mengambil sekeping gambar selfie itu meletup.

Alexander Chechik dijumpai terbunuh dalam kenderaan miliknya berdekatan bandar Krasnodar. Menurut pihak polis, Chechik sebelum itu telah menghantar gambarnya bersama sebutir bom tangan yang telah dibuka pin keselamatannya.

Walaupun tiada niat untuk membunuh diri, tindakannya untuk membuka pin keselamatan pada bom tangan tersebut ternyata memakan dirinya. Menurut gambar yang tersebar, remaja berkenaan dijumpai mati dengan bahagian bawah badannya dipudarkan. Mungkin hancur kerana impak bom tangan tersebut.

Dilaporkan bahawa polis berfikir bahawa Alexander - yang dikenali sebagai Sasha - berpendapat bahawa bom itu tidak akan meletup melainkan ia melemparkannya.

Inilah perbualan Chechik sebelum bom itu meletup...

“Bilangan gambar yang dihantarnya kepada rakan-rakan lain adalah untuk tujuan menunjuk-nunjuk, bukan untuk membunuh diri”, kata jurucakap pihak polis.

Pelik-pelik je dunia sekarang ni, sanggup bergadai nyawa untuk jadi terkenal dan untuk banyak ‘like’ semata.

 

Sumber : LadBible

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video