"Roller Coaster Upside Down" - Pengunjung Panik Tergantung 3 Jam Di Atas Awan

TERKINI
July 05, 2023 - 03:26 PM


Kegembiraan penduduk Amerika Syarikat (AS) meraikan Festival Winconsin bertukar cemas selepas ada antara mereka terperangkap dalam roller coaster selama tiga jam.

Portal NDTV memetik NBC News melaporkan, kejadian berlaku Ahad lalu di tapak festival di Crandon kerana masalah teknikal pada permainan itu.

Menerusi video tular di media sosial, sebahagian penumpang dilihat tergantung dalam gerabak yang berhenti di pertengahan, sementara anggota penyelamat cuba memanjat tiang rel untuk menyelamatkan mangsa.

"Apa yang kami tahu terdapat masalah teknikal dengan roller coaster tersangkut pada kedudukan menegak.

"Permainan itu sudah diperiksa pihak berkuasa Wisconsin baru-baru ini, tetapi kami tiada maklumat lanjut," kata Kapten Brennan Cook daripada Jabatan Bomba Crandon kepada WJFW-TV.

Kesemua penumpang berjaya diselamatkan tanpa kecederaan dan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.

Insiden itu yang terbaharu dalam siri kemalangan membabitkan roller coaster di AS.

Beberapa hari lalu, sebuah taman tema diarah tutup selepas pengunjung mengesan keretakan pada tiang yang menyokong roller coaster.

Sumber: Harian Metro

Destination: