Russia Bercadang Membuka Jurassic Park Sebenar!

TERKINI
September 05, 2018 - 02:28 PM


Kalau korang peminat Jurassic Park, nampak gayanya tak lama lagi korang boleh melawat Taman Tema itu yang bakal dibuka tak lama lagi. (Kalau segalanya berjalan dengan lancarlah).

Kedengaran macam fantasi, tapi itulah apa yang sedang dirancang oleh beberapa saintis Rusia yang ingin membuka Jurassic Park di Yakutsk.

Tujuan mereka mudah, iaitu untuk mewujudkan kembali ataupun menghidupkan kembali haiwan prasejarah yang telah pupus.

Menurut laporan oleh The Siberian Times kos untuk membina taman tersebut bernilai hampir 20.45 million ringgit dan bakal menjadi hub saintifik yang bertaraf dunia. Setakat ini, dikhabarkan saintis Rusia akan bergabung bersama beberapa saintis daripada South Korea Biotech Research Foundation dan akan mengkaji DNA dan genetik beberapa spesies yang telah pupus

Jika segalanya berjalan lancar, para saintis berkenaan menjangkakan bahawa mereka bakal berjaya untuk hidupkan beberapa binatang ataupun hidupan liar yang telah pupus berjuta tahun dulu

Sungguhpun begitu pada peringkat awal berkata akan ada beberapa hidupan yang telah pupus dapat dihidupkan kembali seperti beberapa baka kuda yang telah pupus di planet ini selain daripada  mammoth,  badak sumbu wholly  dan juga cave lion.

Setakat ini sahaja, saintis-saintis berkenaan hanya menjumpai DNA beberapa hidupan yang telah pupus dan telah terawet dan beku secara semulajadi di dalam tanah sejak beberapa ribu tahun yang lalu.

Tahun lalu, kumpulan saintus berkenaan berjaya menjumpai dua sampel ataupun bangkai cave lion yang masih elok dan dikhabarkan telah berusia 12 ribu tahun lalu.

Penemuan Bangkai Dipercayai Anak Mammoth Yang Hampir Sempurna

Sekiranya projek ini berjaya; nampaknya tak lama lagi ‘Jurassic Park akan menjadi realiti’ lah agaknya. Benda tak mustahil, mungkin dengan teknologi yang ada sekarang, mereka hanya tunggu untuk mendapatkan DNA beberapa dinosaur seperti t-rex, triceratop, dan sebagainya.

 

 

Destination: