"Sambil Membuang, Boleh Menyembang" - Wanita Terkejut Bila Tandas Terlampau "Public"
TERKINIMesti ramai yang keluar berjalan-jalan atau bercuti di serata negeri sempena cuti Maulidur Rasul yang lepas kan. Mana-mana jalan semua sesak! Ramai yang ambil peluang bawa keluarga pergi makan angin.
Bila jalan dah sesak, antara perkara yang kita cuba kita elakkan adalah terpaksa singgah di mana-mana rnr atau stesen petrol untuk menggunakan tandas. Namun, apakan daya kita hanya mampu merancang.
Seorang wanita kongsi pengalaman 'uniknya' dengan memuat naik satu video ketika beliau singgah di satu stesen minyak untuk menggunakan tandas.
@ainishangloo Tragedi Oktober #tragedioktober #tiktokmalaysia🇲🇾 #kupasrah ♬ suara asli - cintaulamadanhabaib - nasehatulamadanhabaib
Apa yang dilihatnya sangat mengejutkan. Apabila melangkah masuk...alamak! Tandas yang tersedia tanpa partition! Disebabkan itu, hasrat beliau untuk menggunakan tandas tersebut terpaksa dibatalkan.
Video tersebut mendapat jumlah tontonan hampir 600 ribu dan netizen tak lepaskan peluang untuk berseloroh tentangnya. Ada bagusnya tandas mesra pelanggan ni, sambil membuang boleh menyembang!