Sangka Mimpi Ngeri, Penumpang Air Canada Ditinggalkan Keseorangan Dalam Kabin Kerana Tertidur

TERKINI
June 24, 2019 - 11:09 AM


Seorang penumpang Air Canada berdepan detik mencemaskan apabila dia ditinggalkan berseorangan dalam kapal terbang gara-gara tertidur. Pengalaman ngeri penumpang bernama Tiffani Adams tersebut telah dikongsikan oleh rakan beliau di laman Facebook Air Canada. 

Difahamkan, Tiffani menaiki pesawat Air Canada dari Quebec ke Toronto pada 9 June lepas dan telah tidur semasa dalam penerbangan. Disebabkan berada berseorangan dalam barisan berkenaan, dia terjaga dan mendapati seluruh kabin sangat gelap dan kosong.

Dalam keadaan panik dan takut pada masa yang sama, Tiffani dikatakan cuba untuk hubungi rakan-rakan namun telefonnya telah kehabisan bateri dan mustahil untuk dicas semula pada unit USB kapal terbang kerana tiada elektrik.

Diceritakan, Tiffani kemudian berjaya berjalan dalam gelap untuk ke kokpit sebelum menemukan lampu picit. Dengan bantuan torch light tersebut, Tiffani cuba menyuluh keluar tingkap untuk dapatkan perhatian orang sekeliling.

Nak dijadikan cerita, Tiffani tidak berjaya untuk mendapatkan perhatian sesiapa (mungkin tak ada yang menyangka ada orang dalam pesawat terbabit), Tifffani berjaya membuka pintu pesawat. Satu lagi masalah, jarak pintu dan tanah adalah lebih kurang 40 hingga 50 kaki yang mana kalau terjun, sudah tentu ada tulang yang patah atau lebih teruk – kematian.

Tiffani akhirnya berjaya menemukan krew yang sedang memandu kereta bagasi dan pemandu tersebut terkejut dengan kelalaian krew Air Canada kerana tercicir seorang penumpang.

Tiffani kemudiannya dihantar pulang dan Air Canada menguruskan segala urusannya sehingga dia berjaya sampai ke rumah.

Difahamkan, insiden ini masih dalam siasatan pihak penerbangan.

p/s: Terkunci dalam shopping mall dah biasa dengan, ini terkunci dalam kapal terbang. Seriau jugaklah!