Sekumpulan Remaja Berani, "Bergurau" Dengan Kepala Air

TERKINI
July 12, 2023 - 06:01 PM


Baru-baru ini, negara baru sahaja dikejutkan dengan tragedi kepala air di Kuala Terengganu yang meragut 10 nyawa. Biarpun dah acap kali diberi peringatan tentang bertapa bahayanya fenomena kepala air ini, masih ada segilintir yang memandang remeh.

Viral di platform TikTok, satu video yang memaparkan sekumpulan remaja yang dengan beraninya "bergurau" dengan kepala air. 

@amruljemat

Kepala air takleh bawak main dek

♬ original sound - Amrul

Menerusi perkongsian video daripada @amruljemat, kelihatan sekumpulan remaja lelaki itu sedang berseronok bermandi-manda di satu sungai. Air yang mulanya kelihatan jernih, tiba-tiba bertukar keruh. Itu petanda bahawa kepala air bakal tiba

Namun, reaksi mereka yang tidak mahu berganjak bahkan beridiri untuk melihat dulu itulah yang membuat netizen berasa marah. Ada yang sempat mencelupkan tangan sebelum berlari ke tepi sambil bergelak ketawa seperti kejadian itu tidak membahayakan sesiapa. 

Lokasi video tersebut dirakam masih menjadi tanda tanya. Moga kita dapat ambik iktibar dan peka akan keadaan sekelililing khususnya ketika beriada di kawasan sungai 

Destination: