"Selagi Boleh Guna Buat Apa Nak Beli" - Lelaki Untuk Disayangi Bukan Dibenci

TERKINI
November 16, 2022 - 05:39 PM


Lelaki sebenarnya mudah, yang jadi susahnya bila ada yang terlalu mudah membuatkan orang disekeliling tak senang duduk. Bila terlalu mudah maka semuanya senang. 

Abang nak makan? nak. 

Abang nak minum? nak.

Abang nak tidur? nak.

Abang nak kahwin kagi satu? nak.

Dompet merupakan harga pusaka yang terlalu bernilai buat kaum lelaki. Walaupun nampak usang tetapi di celah-celah dompet itu tersimpan seribu makna. Kalau tak percaya cuba selongkar dompet suami korang kot-kot jumpa gambar awek ke. Tetapi jaranglah lelaki simpan gambar awek dalam dompet, yang biasanya lelaki akan simpan gambar ibu ataupun anak perempuan diorang. 

‘Benda boleh guna lagi, nanti nantilah beli’

Tak dinafikan dompet adalah perkara terakhir untuk dibeli oleh lelaki, itupun kalau dibeli tetapi biasanya dompet lelaki ini adalah hadiah.

Kaum Hawa sama ada isteri mahu pun ibu turut mengakui sikap sesetengah kaum Adam yang ‘setia’ pada dompetnya meskipun ada yang sudah terlalu usang.

“Kerja teruk tapi kedekut nak beli barang diri sendiri, dok beli barang orang, barang untuk diri sendiri tak beli.

“Geram nengok, baik suami, adik lelaki, abah saya, sama je,” kata Hani Adila.

Walau bagaimanapun, ada lelaki secara berseloroh mengingatkan bahawa jangan dinilai dari luaran sahaja sebaliknya ‘isi’ iaitu wang di dalam dompet buruk itulah yang amat bernilai.

Ada pula wanita yang mengusik lihat juga apa di dalam dompet yang nampak buruk itu yang kemungkinan ada gambar ‘kekasih gelap’.

“Jangan tengok luar tapi cuba tengok dalam dompet tu ada gambar skandal ke tidak,” gurau Siti Qeesyara.

Bagi orang lelaki pula, dompet buruk itu simbol bagaimana betapa golongannya tidak serumit wanita yang lazimnya memiliki beg besar.

“Hok penting isi di dalam, bukan beg besar comel tapi isi di dalam cuma tisu,” seloroh Fird FJ pula.