"Selalu Mesin Telur Telan Duit, Ni Telan Tangan" - Budak Trauma Jari Tersepit

TERKINI
January 13, 2023 - 03:55 PM


Antara godaan yang perlu ditepis pada zaman kanak-kanak dulu adalah ingin memasukkan duit syiling ke dalam mesin ini demi ganjaran yang belum tentu berbaloi. Mesti membuak buak rasa nak pulas mesin tu untuk sebiji telur yang mengandungi permainan.

Gara-gara memasukkan tangan ke dalam mesin permainan telur, seorang kanak-kanak dipercayai warga asing terpaksa menahan sakit akibat jarinya tersepit.

Menurut hantaran dimuat naik oleh anggota bomba, @emypokni, pihak mereka mendapat panggilan dari bilik gerakan berhubung kes terbabit.

“Sebaik tiba, tangannya sudah tersepit di mesin itu. Setelah memikirkan cara terbaik untuk melepaskan tangan tanpa mencederakannya, akhirnya kami memutuskan untuk memecahkan mesin telur itu.

“Pada akhirnya, kanak-kanak terbabit mendapat kesemua telur dalam mesin yang diberi oleh pemilik kedai tersebut,” jelasnya menerusi ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, dia meminta orang ramai untuk mengawasi anak masing-masing agar kejadian seumpama ini tidak berulang.

Destination: