Selepas Kelantan, Terengganu Pula Bakal Wujudkan ‘Floating Market’

TERKINI
June 26, 2019 - 11:20 AM


Pasar terapung atau floating market merupakan konsep pasar yang mana urus niaga diadakan dan dijalankan dari atas perahu atau bot. Kalau sebut pasal floating market ni, yang popular semestinya di Thailand. Damnoen Saduak Floating Market misalnya atau Klong Hae di Hat Yai.

Sering menjadi tumpuan pelancong luar, negara kita kini bakal mempunyai floating market sendiri yang mana sebelum ini ada di Kampung Pantai Suri, Tumpat, Kelantan yang juga merupakan floating market yang pertama di Malaysia.

Tidak lama lagi, scene floating market di Malaysia bakal berkembang lagi dengan adanya produk terbaru pelancongan dari Terengganu iaitu Kuala Nerus Floating Market.

Dari segi lokasi, Seberang Takir Terengganu menawarkan panorama yang sangat indah selain kawasan yang sesuai untuk diadakan pasar terapung ini. Kena pula dengan pemandangan jambatan angkat yang baru-baru ini dilancarkan di sana.

Walaupun masih dalam peringkat cadangan, inisiatif ini dijangka dapat memeriahkan lagi industri pelancongan di negara kita selain dapat menarik lebih ramai pelancong luar untuk ke negara kita. Selain membantu ekonomi penduduk tempatan, kewujudan pasar ini boleh membantu sedikit sebanyak dalam mempromosikan dan memartabatkan warisan budaya dan tradisi orang Terengganu.


PILIHAN EDITOR

Destination: