"Seriau, Berani Samun Depan Public" - Viral Video Samun Bersenjata, Saspek Berjaya Ditangkap

VIRAL
March 16, 2023 - 05:23 PM


Sekumpulan individu bertindak melanggar kenderaan dipandu peniaga sebelum menyerangnya menggunakan parang dan melarikan wang tunai RM10,000 di hadapan Teega Tower, Iskandar Puteri, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, susulan video tular itu, sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri telah berjaya membuat tangkapan dua lelaki tempatan.

“Kita berjaya menahan seorang suspek di Horizon Hill pada pukul 10.15 pagi pada hari yang sama kejadian itu berlaku. Penahanan lelaki itu, membawa kepada tangkapan seorang lagi suspek pada pukul 9 malam di Gelang Patah.

“Hasil siasatan, kedua-dua suspek berusia lingkungan 40an mengaku terlibat bagi kes tersebut dengan cara melanggar kereta mangsa dan mencederakannya menggunakan parang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rahmat berkata, ekoran dari tangkapan tersebut pihak polis telah membuat beberapa rampasan termasuklah parang yang digunakan serta kenderaan

“Kedua-dua suspek tersebut ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan dijalankan. Kita percaya masih ada tiga lagi rakan suspek yang masih bebas,”ujarnya.

Destination: 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video