"Teruk Kena Balun Berjemaah" - Insiden Pukul Beramai-ramai, Polis Tahan 2 Lelaki

TERKINI
February 20, 2023 - 05:45 PM


" Kerana mulut, badan binasa". Bermula dengan pertengkaran mulut, akhirnya membawa kepada pergaduhan hingga menyebabkan seorang lelaki cedera di luar sebuah pusat hiburan di Taman Nusa Bestari, di sini, semalam.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Majoriti (@majoritiofficial)

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, terdahulu pihaknya mengesan video di media sosial berdurasi tujuh saat menunjukkan sekumpulan lelaki bertindak agresif terhadap seorang lelaki yang terbaring termasuk ditendang sebelum ditinggalkan di sebuah laluan berhampiran lot parkir.

Susulan itu, beliau berkata, pihaknya menahan dua lelaki berusia 20-an di Larkin dan hasil soal siasat mereka mengaku terbabit dalam kejadian itu.

Katanya, suspek mendakwa kejadian berlaku di sebuah pusat hiburan dan mangsa adalah kenalan suspek.

"Mereka pada awalnya hanya bergaduh mulut ketika berhibur di situ, namun berlarutan hingga ke luar pusat hiburan hingga mangsa mengalami kecederaan ringan.

"Dua lelaki berkenaan direman selama empat hari mulai hari ini.

"Polis juga memburu lima individu lain yang dipercayai terbabit dalam kejadian sama," katanya.

 

Destination: