Ini Rupanya 'Brader' Bersuara Emas Nyanyi Parodi PKP Yang Dicari TMJ!

TERKINI
August 27, 2021 - 05:35 PM


Beberapa hari lepas, viral sebuah video nyanyian oleh seorang 'Brader' bersuara emas menggunakan lirik parodi PKP sehingga berjaya mencuri perhatian Kerabat Diraja Johor.

Lebih power apabila Tunku Mahkota  Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim sendiri memuat naik status di Instagram rasmi baginda yang memaklumkan bahawa Sultan Johor menitahkan baginda untuk mencari pemilik akaun tersebut memandangkan cover lagu yang dibuat @azmannaim44mantra mendapat perhatian ayahandanya, Sultan Ibrahim Iskandar.

Azman yang berusia 36 tahun sebelum ini sering memuat naik video nyanyiannya di platform media sosial dan baru-baru ini lagu saduran 'My Way' dendangan Frank Sinatra yang dimuat naik oleh beliau mendapat perhatian ramai.

TMJ dalam satu perkongsian di Instagram, mencari pemilik akaun tersebut sambil memuji perkongsian Azman Naim dalam Instagram dengan kapsyen 'First Class'.

Beberapa jam kemudian, Azman yang merupakan pemilik akaun Instagram @azmannaim44mantra menyedari dirinya dicari oleh TMJ, turut memberikan maklum balas dengan menulis ‘Menjunjung Kasih Tuanku’.

Azman yang juga bapa kepada dua anak aktif membawakan lagu popular yang ditukar ke lirik bahasa Melayu dengan mengambil isu semasa sebagai tema nyanyian lagu saduran sejak pertengahan tahun lalu.

Tidak cukup dengan memiliki suara yang agak unik, lirik yang dibawa olehnya pula cukup dekat dengan situasi dilalui masyarakat masa kini yang terpaksa berperang dengan pandemik COVID-19.

Sumber: Astro Awani

Destination: