Setelah Menunggu 36 Tahun, Akhirnya Babylon Tersenarai Tapak Warisan Dunia UNESCO!





Setelah lebih tiga dekad melobi untuk diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNESCO), akhirnya Babylon di Baghdad, Iraq berjaya tersenarai dalam rekod dunia itu, beberapa hari lepas.

Kota Babylon yang wujud ketika era Mesopotamia itu berusia 4,000 tahun dan sangat terkenal dengan nama 'Taman Tergantung Babylon' yang disifatkan sebagai Tujuh Keajaiban Dunia pada Zaman Purba.

Bagaimanapun, susulan konflik perang di Iraq dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, tapak sejarah tersebut turut terjejas.

Kini setelah Iraq kembali tenang dan aman, dengan pengiktirafan Babylon sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO diharap dapat menarik lebih ramai pelancong antarabangsa melawat serta berkunjung ke kota bersejarah itu.

Selain Babylon, terdapat 5 lagi kawasan di Iraq yang telah mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia, sekaligus menjadi tarikan pengunjung jika ke negara Timur Tengah itu. 

1. Hatra

2. Ashur (Qal'at Sherqat)

3. Samarra Archaeological City

4. Erbil Citadel

5. The Ahwar of Southern Iraq: Refuge of Biodiversity and the Relict Landscape of the Mesopotamian Cities

Sumber: AFP

 

 

 

;