"Siap Bakar Jagung Pakai Kipas & Arang" - Warga Asing Selamba Jual Jagung Bakar Depan KLCC

TERKINI
July 04, 2023 - 03:02 PM


Seorang lelaki didakwa warga asing tular setelah dia bertindak berani menjual jagung bakar di hadapan Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Perbuatannya itu mencetuskan kemarahan orang ramai kerana bukan sahaja mencacatkan pemandangan di kawasan tersebut malah boleh membahayakan orang awam yang lalu lalang.

“The bus stopped right next to him and a passenger walked out so close to his grill and was hurt! (Bas berhenti betul-betul di sebelahnya dan seorang penumpang berjalan keluar begitu hampir dengan grilnya dan cedera!),” kata seorang pengguna Twitter.

Menerusi perkongsian itu memaparkan, lelaki berkenaan dilihat leka membakar jagung bersebelahan dengan lampu isyarat dan perhentian bas.

“Seriuslah, kat sini boleh jual-jual siap bakar asap banyak pula tu. Elok pula dia berkipas. Dah macam pasar malam pula aku tengok,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mengecam tindakan lelaki warga asing berkenaan yang dianggap boleh menjatuhkan imej kawasan berkenaan.

“Dia buat negara kita ni macam tempat dia saja niaga bersepah-sepah macam tu. ‘Seriously’ buat sakit mata,” kata Felora.

“Ini kalau tak dibanteras, mahu kejap lagi ada yang pacak khemah jual ‘keychain’, burgerlah, airlah dan lain-lain. Pihak berwajib kena ambil tindakanlah,” ciap Daud Jarkasi.

Bagaimanapun, menurut satu kenyataan yang dimuat naik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di akaun Facebook memaklumkan, mereka telah melaksanakan tindakan khas penjaja tanpa lesen bukan warganegara di sekitar Jalan Ampang (KLCC), Jalan Imbi dan Jalan P.Ramlee Sabtu dan Ahad lalu.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Destination: