[VIDEO] Guna Evian, Peniaga Jual Air Balang "Kayangan"! Agak-Agak Berapalah Sebungkus Airnya Kan?

TERKINI
June 09, 2023 - 05:13 PM


Pelbagai cara digunakan peniaga untuk melariskan jualan mereka terutamanya melakukan pemasaran di media sosial.

Seorang penjual air balang, tular selepas menggunakan air berjenama Evian untuk air yang ingin dijual.

Rata-rata netizen meninggalkan komen menyoal sama ada benar air Evian digunakan atau hanya botol sahaja.

Pemilik video tersebut, @diyanaburhan tampil memperjelas bahawa air mahal itu hanya digunakan pada hari pembukaan dan menggunakan air biasa untuk hari seterusnya.

“Sempena pembukaan air dengan satu tin jagung di medan selera ikan bakar the boss saujana utama hari ini, kami menggunakan air Evian tau,” ujar kapsyen video.

@diyanaburhan Replying to @Xavier ♬ original sound - diyanaburhan

Komen dibanjiri warganet yang memperlekeh usaha penjual air tersebut dan ada juga memberi cadangan tukar kepada air lebih murah.

Destination: