Sistem Elektronik Pasport Di Australia Buat Hal Lagi, Banyak Penerbangan Tertangguh!

TERKINI
July 15, 2019 - 03:10 PM


Sejak kebelakangan ini, Australia sering mengalami masalah pengesanan mesin pasport di lapangan terbangnya.

Terbaharu, para penumpang dikatakan terpaksa beratur panjang di Lapangan Terbang Sydney hari ini (15 Julai), selepas satu 'masalah penguatkuasaan sempadan' menyebabkan mesin-mesin pasport gagal berfungsi.

Menurut media tempatan, penerbangan-penerbangan juga banyak yang tertangguh akibat insiden itu.

Seorang penumpang berkata, pasport para penumpang diproses secara manual di pintu-pintu keselamatan memandangkan sistem elektronik di kawalan sempadan berhenti beroperasi.

Insiden itu disahkan berlaku oleh jurucakap Penguatkuasaan Sempadan Australia.

Namun, beliau berkata pihak berkuasa masih berusaha untuk mengenal pasti punca masalah berkenaan.

Menurut laporan ABC News, kegagalan itu menjejaskan seluruh Australia.

Insiden terbaru itu berlaku beberapa bulan selepas satu gangguan pada sistem komputer menyebabkan kelengahan di lapangan-lapangan terbang antarabangsa di merata Australia. 


 

Baca juga: Gara-Gara SmartGate Gagal Berfungsi, Ribuan Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Antarabangsa Seluruh Australia!