Gara-Gara SmartGate Gagal Berfungsi, Ribuan Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Antarabangsa Seluruh Australia!





Gangguan sistem e-gate di kesemua lapangan terbang antarabangsa di Australia telah menyebabkan kelewatan penumpang yang mahu berlepas dan tiba di negara itu pada hari ini.

Pasukan Sempadan Australia (ABF) yang bertanggungjawab untuk keselamatan imigran dan kastam memaklumkan mereka cuba menyelesaikan gangguan sistem IT tersebut.

ABF dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa mereka telah menempatkan staf tambahan ABF untuk memproses dokumen perjalanan penumpang dan mengurangkan kelewatan.

Penumpang diminta tiba di lapangan terbang lebih awal untuk memberi masa tambahan kepada proses itu.

Pengguna media sosial turut berkongsi gambar menunjukkan ramai penumpang terpaksa beratur panjang akibat masalah itu.

"Mesin elektronik kastam tidak berfungsi. Ia menyebabkan 'kesesakan' yang teruk," kata penumpang, Lisa McLean menerusi Twitter tentang situasi di lapangan terbang Sydney.

Sementara itu, Lapangan Terbang Brisbane dalam satu kenyataan memberitahu gangguan sistem komputer tersebut telah menjejaskan kesemua pintu pasport elektronik. 

Sumber: Sinar Harian

;