"Sopan Je Dia Menari!" - Majlis Perkahwinan Sweet Dan Adam Buat Netizen Berdebat

TERKINI
October 25, 2022 - 12:03 PM


Semalam, pasangan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina sah bergelar sebagai suami isteri.  Mereka selamat diijabkabulkan kira-kira pukul 10.40 pagi semalam di The Boathouse, Ampang.

Pasangan sama cantik sama padan itu turut melakukan majlis perkahwinan pada malam semalam yang dihadiri keluarga, saudara mara dan juga rakan artis.

@liprincessas power 🔥🤭 #sweetqisminaofficial #sweetqismina #sweetqisminizers ♬ bunyi asal - piyaasoff 🕊️

Namun, menerusi videoTikTok yang dikongsi oleh seorang @piyaasoff, kelihatan Sweet bersama beberapa wanita yang lain sedang gembira menari ketika majlis berkenaan berlangsung.

Susulan dari video tersebut, netizen meluahkan pendapat masing-masing. Ada yang suka akan tarian yang dipersembahkan dan gembira dengan majlis perkahwinan mereka tetapi ada juga yang berpendapat tarian itu tidak patut dipersembahkan kerana tidak sesuai dan terlampau mengikut budaya barat.

Takpalah, majlis mereka dan mereka berhak selagi tidak menampilkan tarian yang melampau. Apa-apa pun selamat pengantin baru buat Sweet dan Adam!

Destination: