Sri Lanka Tawarkan Visa Percuma Untuk Pelancong Malaysia





Kerajaan Sri Lanka akan mula menawarkan visa pelancongan percuma semasa ketibaan kepada lebih daripada 50 negara dalam usaha membawa dan menarik kembali pelancong ke negara berkenaan selepas insiden pengeboman oleh puak militan.

Dalam insiden berkenaan, puak militant telah mengebom sebuah hotel mewah dan gereja di Sri Lanka dan seramai 250 orang terlah terkorban termasuklah 42 orang pelancong asing.

Susulan insiden pengeboman tersebut, beberapa buah negara telah mengeluarkan amaran sebagai langkah berjaga – jaga. Disebabkan itu, peratusan ketibaan pelancong ke Sri Lanka telah jatuh mendadak dan merupakan rekod terendah pada 70.8 peratus.

Menurut laporan Reuters, dokumen kerajaan mengenai visa percuma berkenaan memang wujud dan sah. Sebelum ini, visa pelancong akan dikenakan sebanyak $20 hingga $40 dan permohonan perlu dilakukan atas talian di kedutaan Sri Lanka.

Selepas ini, kira – kira 48 buah negara akan mendapat manfaat kemasukan visa percuma dan dibenarkan untuk berada di neqara berkenaan selama enam bulan. Berita ini turut disahkan oleh Menteri Permbangunan Pelancongan Sri Lanka, John Amaratunga.

Selain Malaysia, negara lain yang mendapat kelebihan tersebut termasuklah Thailand, negara sekutu Eropah, USA, Australia, Korea Selatan, Kanada, Singapura, New Zealand, Switzerland, Cambodia, Denmark dan banyak lagi.

Sumber : website | The Star

;