"Suka Hati Comolot Kat Konsert ST12!" - Pasangan Selamba Buat Aksi Tak Senonoh
TERKINIBaru-baru ini, kemeriahan konsert Reunion ST12: 20 Tahun Charly Berkarya telah berlansung dengan jayanya di Axiata Arena Bukit Jalil pada malam Sabtu yang lalu dan hampir 10,000 peminat hadir ke konsert tersebut.
Namun ada satu insiden yang tidak menyenangkan berkalu Seorang pengguna Twitter yang hadir ke konsert tersebut telah meluahkan rasa ketidak puasan hatinya dan mendakwa ada pasangan yang melakukan perbuatan tidak senonoh ketika konsert berlangsung.
To couple cam cibai yang berdiri sebelah aku masa konsert ST12 tadi, korang leh gi mampos and tolong get a room kalau nak buat benda2 tak senonoh DURING konsert OKAY. Jijik! Nak tau apa dorang buat?
— Official Shah (@shahaidin) March 11, 2023
Menerusi ciapan tersebut, dia mendakwa pasangan lelaki dan wanita bertudung itu selamba bercumbu serta berpeluk tanpa memikirkan keadaan sekeliling. Tambahnya, jika sudah berkahwin pun sepatutnya tidak menayangkan kemesraan melampau di khalayak ramai.
Menurutnya juga, pasangan tersebut telah ditegur tetapi suasana dalam konsert yang agak bising membuatkan ‘teguran’ tidak didengari. Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengecam tindakan pasangan tersebut yang dilihat mendatangkan rasa tidak selesa kepada orang lain.
Malah, ada juga netizen yang berkongsi video situasi yang berlaku. Para netizen turut mengatakan hal tersebut tidak seharusnya berlaku dan mungkin pihak jabatan agama Islam dapat mengambil tindakan sewajarnya.