"Tak Payah Masuk Campur lah" - Aaron Aziz Bagi Warning Pada Sharnaaz

TERKINI
April 05, 2023 - 05:11 PM


Netizen masih ternanti-nanti penyelesaian isu pelakon Datuk Aaron Aziz yang digugurkan dan dimalukan oleh pengarah terkenal Syamsul Yusof tempoh hari. Kemelut antra meraka dihangatkan lagi dengan kenyataan dari pelakon Sharnaaz Ahmad,

Disebabkan itu, Aaron Aziz memberi amaran agar aktor Sharnaaz Ahmad tidak campur tangan dalam kemelutnya dengan pengarah Syamsul Yusof berhubung isu digugurkan daripada filem The Original Gangster.

@kosmoonline

Datuk Aaron Aziz mengingatkan pelakon Sharnaaz Ahmad tidak campur tangan dalam kemelutnya bersama Syamsul Yusof berkaitan penggugurannya daripada filem The Original Gangster.

♬ original sound - Kosmo!

“Cakap dengan dia (Sharnaaz), jangan masuk campur,” katanya ringkas kepada Kosmo! Online selepas pelancaran rasmi dan jualan promosi pembukaan Jakel Shah Alam di sini hari ini.

Kata Aaron, selain Sharnaaz, dia juga mengingatkan agar orang ramai tidak melibatkan diri dengan isu tersebut.

“Kepada pelakon dan individu yang tak terlibat dengan produksi, jangan beri sebarang kenyataan atau masuk campur.

“Kalau nak masuk campur, jumpa saya dulu,” katanya lagi.

Berkongsi tentang respons ahli keluarga mengenai kemelutnya dengan Syamsul, bintang filem KL Gengster berkenaan mengakui perasaan marah mula timbul selepas anaknya menangis dan kecewa apabila bapa mereka dilemparkan dengan pelbagai tuduhan.

Dalam pada itu, dia juga kekal dengan pendirian untuk mengikut nasihat isterinya, Datin Diyana Halik agar tidak memanjangkan isu dan bersemuka dengan Syamsul bagi menyelesaikan kemelut antara mereka.

“Saya jadi marah apabila anak menangis selepas Syamsul mengeluarkan kenyataan tersebut. Sebab itulah, saya pula muat naik video tersebut.

“Benda sudah habis, isteri saya pun sudah pesan jangan beri sebarang kenyataan.

“Saya hormati permintaan isteri saya. Mungkin dia faham perangai saya macam mana,” jelasnya.

Ditanya bila kemelut dengan Syamsul akan berakhir, jawabnya: “Saya jawab secara umum, minta maaf pada ibu bapa dahulu.”

Destination: