"Tak Rasa Hebat Pun?" - Wartawan US Dikecam, Kritik Qatar Asingkan Pemeriksaan Keselamatan Ikut Jantina

TERKINI
November 29, 2022 - 05:33 PM


Seorang wartawan wanita program berita Fox Sports menjadi sasaran kecaman netizen selepas mengkritik proses pemeriksaan keselamatan di Piala Dunia Qatar yang mengasingkan antara penonton lelaki dan wanita, lapor program berita Liputan6 semalam.

Watch on TikTok

Jenny Taft  yang membuat liputan acara bola sepak di Doha itu sebelum itu berkongsi pengalamannya bertugas pada kejohanan tersebut.

Menurut laman berita Middle East Eye, Taft memasuki Stadium Al Rayyan melalui pintu keselamatan khusus untuk wanita ketika membuat liputan perlawanan pasukan Amerika Syarikat (AS) menentang  Wales minggu lalu.

“Saya perlu melalui pos pemeriksaan keselamatan yang dikhususkan untuk wanita sahaja. Entah bagaimana saya tidak merasa hebat mengenainya,” kata Taft dalam video yang dikongsikan.

Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen mengkritik tindakan Taft yang dianggap tidak sopan dan tidak menghormati Qatar selaku tuan rumah Piala Dunia 2022.

Destination: