Tak Sempat Ke Bank Tukar Duit Raya? Jangan Risau Guna Mesin ATM Je!

TERKINI
May 30, 2019 - 10:56 AM


Setiap kali menjelang tibanya Hari Raya, kanak-kanak antara golongan yang paling gembira kerana mendapat duit raya yang diisi dalam sampul berwarna-warni.

Namun yang pening dan sibuk beratur panjang di bank untuk menukar duit raya baru pastinya ibu bapa atau pakcik makcik yang ada ramai anak saudara. Hehehe...

Tapi sekarang korang jangan risau, kalau tak sempat nak ke bank untuk tukar duit korang pergi je dekat mesin ATM Maybank yang menyediakan perkhidmatan berkenaan.

Cara-cara untuk menukar duit raya baru di mesin ATM Maybank itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Mohd Shukur.

Berikut langkah-langkah yang korang kena buat:-

1. Pergi ke cawangan Maybank terpilih yang agak besar seperti Maybank Setia Alam. Di sana terdapat 2 buah mesin ATM bagi menukar duit raya baru yang masih berkilat-kilat warnanya. Haha...

2. Pilih mesin ATM yang ada lambang / gambar kartun 3 orang memakai baju melayu sambil pegang duit raya seperti gambar di bawah.

3. Semua duit dalam mesin ATM tersebut bagaimanapun hanya mempunyai note RM10. Tekan 'withdraw' dan pilih jumlah yang ingin ditukar.

4. Kadar maksimum untuk setiap penukaran duit raya ialah sebanyak RM300. Jadi kalau korang ingin menukar 60 keping note RM10 ia perlu dilakukan sebanyak dua kali.

Senang je, kan? Jadi apa lagi jom tukar!

APA HUKUM MEMBERIKAN DUIT RAYA? 

Korang perasan tak baru-baru ni ramai yang keliru dan tertanya-tanya adakah konsep memberi duit raya ini sebenarnya dibenarkan dalam hukum Islam? 

Sebab mungkin dorang was-was budaya itu berkait dengan isu tasyabbuh (penyerupaan) di antara duit raya dengan ang pow yang diberikan semasa perayaan kaum Cina.

Namun, Mufti Wilayah Persekutuan telah menerangkan secara terperinci mengenai 'Hukum Memberikan Duit Raya' dalam laman web rasminya yang boleh korang baca dengan teliti.

Secara ringkasnya, Mufti Wilayah mengatakan konsep memberi duit raya kepada ibu bapa, kaum kerabat, serta kanak-kanak pada 1 Syawal adalah MENEPATI PERBUATAN SEDEKAH di dalam Islam.

Bahkan perbuatan sedekah kepada ibu bapa termasuk antara ibadah yang sangat menguntungkan kerana ia menghasilkan tiga bentuk pahala amalan soleh iaitu birrul walidain (berbuat baik kepada kedua ibu bapa), mengeratkan silaturahim, serta pahala bersedekah itu sendiri.

Malah, menurut beliau tidak dinafikan bahawa Hari Raya mempunyai rohnya yang tersendiri iaitu menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran. Ini sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani Rahimahullah (Rujuk Fath Al-Bari, Ibn Hajar (2/514) :

“Menzahirkan perasaan bergembira pada hari-hari perayaan adalah di antara syiar Islam”

Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal! Hehehe....