"Takda La Cute Mana Pun" - Reaksi Toxic Wanita Ini Terhadap Bilal Dikecam Netizen

TERKINI
October 13, 2022 - 11:54 AM


Nama Neelofa sekali lagi trending di pelbagai platform media sosial. Semuanya berpunca dari seorang individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar anaknya di laman sosial sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dari netizen.

Bukan sahaja tidak menghormati keputusan si ibu, bahkan ada yang tergamak edit rupa paras anaknya dan juga dijadikan sebahai topik untuk mengata dan mengumpat.

Biarpun dihujani pujian dan doa yang baik dari netizen terhadap anaknya Bilal, namun ada juga seglintir yang tergamak memberi reaksi yang sangat negatif tentang rupa asa Bilal dengan membandingkan dengan anak selebriti yang lain

Tindakan berani wanita ini mencetuskan kemarahan netizen kerana majoriti berpendapat, seorang bayi yang tidak bersalah tidak wajar mendapat reaksi yang negatif sebegini biarpun bayi selebriti. Selebriti Izara Aishah turut mengecam mereka yang sependapat dengan wanita ini.

Destination: