"Terharunya!" - Momen-momen Istimewa Selepas Aaron Chia-Soh Wooi Yik Bergelar Juara Dunia!
TERKINIBeregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan penantian selama 45 tahun gelaran sulung Malaysia di pentas Kejohanan Badminton Dunia pada edisi ke-27 yang berlangsung di Tokyo dengan penuh bergaya, sebentar tadi.
Sampai melutut Coach Rexy 😭 This moment, Ya Allah! Alhamdulillah, Thank You😭
— Z 💎🇲🇾 (@theone_xyz) August 28, 2022
Aaron Chia & Soh Wooi Yik, you both totally deserve this. The daddies, my highest respect to you both too. Legend 🇲🇾🇮🇩#BWC2022 pic.twitter.com/AGF54UBEVP
Aaron-Wooi Yik muncul juara selepas menewaskan lawan yang pernah mereka temui ketika perlawanan penentuan pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-14 dalam tempoh 40 minit.
NEGARAKU berkumandang di bumi Tokyo Jepun!
— Mei (@meikheiliew) August 28, 2022
Tamat penantian 45 tahun, Aaron Chia Ten Fong & Soh Wooi Yik cipta sejarah!
First Malaysian ever to win World Champ title. We’re on the highest podium❤️🔥
Salam Kemerdekaan Malaysiaku 🇲🇾
Bermakna 🇲🇾❤️ #BWFWorldChampionships pic.twitter.com/g4yaRwFJv3
Aaron-Wooi Yik nyata tidak dapat menahan emosi terpendam dengan Wooi Yik dilihat mengalirkan air mata apatah lagi gelaran kejohanan individu yang pertama buat mereka sejak digandingkan bersama pada 2017.
Moment yang akan aku ingati sepanjang bergelar pengulas... @AmeerZainuddin pic.twitter.com/u7FAdLmstv
— Izwan Mohd Nor (@izwanmohdnor) August 28, 2022
Malah pada musim ini saja, beregu ini sering kali tersingkir di separuh akhir dan hanya sekali berada di pentas final iaitu di di Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Filipina, Mei lalu.
Sumber: Berita Harian