"Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata..." - Tuan Rumah Tulis Alamat Biadap Untuk Rider, Mohon Maaf
TERKINISatu perkongsian yang viral di platform media sosial di mana satu gambar satu parcel yang memaparkan alamat sebuah rumah dengan nota yang agak biadap menyakitkan hati ditujukan buat rider dan pekerja kurier menarik perhatian netizen.
Sudah semestinya perkongisan tersebut mendapat respon yang banyak dan menyakitkan hati para rider. Sampai satu tahap, netizen meninggal 'review' yang menarik pada alamat rumahnya.
Menyesali akan perbuatannya, tuan rumah cuba meluahkan rasa penyesalannya melalui perkongsian saudara Shahruddin Helmy – Eddie di Facebook, beliau berkata tuan rumah tersebut telah menghubunginya dan mahu membuat permohonan maaf kerana khilafnya dan terlalu emosi disebabkan rider yang kerap tersalah hantar barangannya ke rumah lain.
Menurut Shahruddin, sebagai seorang yang juga bekerja dalam bidang penghantaran, beliau juga rasa terkesan dengan tulisan pada gambar tersebut.
“Kalau kena dekat saya, mungkin saya juga akan tularkan parcel ini supaya ia menjadi tauladan kepada pihak lain.
“Tetapi saya dikejutkan oleh 1 mesej diawal subuh tadi. Datangnya daripada follower FB saya. Beliau bercerita mengenai kesilapannya tentang tulis alamat di parcel tersebut dan beliau ingin memohon maaf secara terbuka.
Pada peringkat awal saya malas hendak menulis kerana saya dah lama tak menulis. Tapi memandangkan pemilik Facebook ini ingin meminta maaf, jadi saya rajinkan diri untuk menulis bagi pihak beliau,” ujar Shahruddin.
Tuan rumah itu berkata ini kali pertama dalam hidupnya ‘dikecam’ sedemikian. Semuanya bermula apabila rider penghantar barangan kerap tersalah hantar barangannya ke tempat lain. Kecewa dengan perkara itu menyebabkan beliau menulis alamat sedemikian.
“Siapalah kita ini sebagai manusia untuk menghukum kesilapan orang lain dan saya berharap pemilik parcel ini betul-betul insaf dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.
“Di bulan Ramadan yang mulia ni harap kita semua dapat memaafkan kesilapan beliau dan memadam semua perkongsian dengan butirannya dan juga memadam nama beliau di Google Maps,” tambah Shahruddin
Sumber: The Vocket & Shahruddin Helmy