"Teruk Punya Pukat Kali Ni" - Pemilik RXZ Sedih Jentera ‘Tersadai’ Dalam Balai

TERKINI
September 11, 2023 - 06:29 PM


Kehangatan RXZ Member 5.0 di Gong Badak, Kuala Nerus, Kuala Terengganu menarik perhatian ramai apabila dikatakan acara tersebut dijadikan lubuk untuk operasi menyita motosikal yang melanggar piawaian yang telah ditetapkan.

@manncikkk Event Dalam Balai ✅ #rxz_members_official #rxzstilltheboss #rxzlovers #rxzmember ♬ bunyi asal - Lirik Video Kaky Tapau - LANBREMBO3 💨

Menerusi beberapa klip video yang dikongsi di media sosial, kelihatan beberapa peserta sedih apabila motosikal mereka ditahan pihak berkuasa atas pelbagai kesalahan.

Ini kerana difahamkan, ada yang telah berhabis ribuan, malah mencecah puluhan ribu ringgit untuk menyiapkan motosikal mereka semata-mata untuk hadir ke acara tersebut.

Menurut mereka, kejadian tersebut sepatutnya tidak berlaku dan pihak berkuasa perlu memberi sedikit kelonggaran semasa acara itu berlangsung.

Malah kata mereka, tindakan pihak berkuasa mengepung tapak himpunan itu adalah tidak adil untuk peserta yang hadir.

Difahamkan, lebih 40,000 peserta Himpunan RXZ Member 5.0 yang berlangsung di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu menyertai program pada Jumaat dan Sabtu lalu itu.

Destination: