Thailand Ketatkan Kawalan Kepada Pelancong Menggunakan TM30
TERKINISelepas mengeluarkan kenyataan tegas berkenaan penggunaan kenderaan tanpa lesen atau permit pemanduan antarabangsa pada minggu lalu, Thailand semakin mengetatkan meningkatkan pemantauan terhadap pelancong yang berada di negara berkenaan dengan borang TM30.
TM 30 merupakan prosedur laporan yang diwajibkan oleh pihak Immigresen Thailand. Borang TM30 berkenaan bertujuan untuk membantu dalam pengesanan pergerakan warga asing di Thailand. Warga asing yang dimaksudkan merangkumi pelancong dan juga pekerja luar negara yang berada di sana.
Menurut laporan, borang TM30 ini perlu diisi dan dilaporkan oleh tuan rumah atau pemilik premis yang mempunyai warga asing untuk melaporkan keberadaan warga asing di kediaman atau premis mereka dalam masa 24 jam daripada ketibaan.
Secara ringkas, setibanya anda di Thailand sekiranya menginap di hotel, pihak hotel akan membuat pendaftaran laporan berkenaan setelah anda check in. Ataupun sekiranya anda mempunyai tanah atau tinggal di rumah yang milik anda di Thailand, tinggal di rumah kawan di sana ataupun tinggal di hartanah yang tidak mempunyai lesen yang sepatutnya.
Sebenarnya, TM30 ini bukanlah bertujuan untuk menyusahkan warga asing, cuma ia adalah sebagai langkah untuk melaporkan lokasi pengunjung sepanjang berada di Thailand, baik untuk jangkamasa pendek, mahupun panjang.
Sekiranya anda tinggal di apartment mahupun condo, pemilik perlu mendaftarkan anda menggunakan borang TM30 ini. Secara rasionalnya, pihak kerajaan Thailand ingin memantau warga asing yang ada di sana termasuklah yang ‘baik’ mahupun yang ‘jahat’. Ini bermaksud, mereka ingin mengurangkan risiko menjadi lokasi persembunyian penjenayah antarabangsa.
Kalau nak diikutkan, TM30 sudah lama diperkenalkan dan ia dikembangakan supaya merangkumi bukan sahaja hotel tetapi kesemua bentuk penginapan. Menjadi tanggungjawab tuan rumah untuk mengemukakan TM30 ini.
Dokumen Yang Diperlukan ?
Untuk mengisi TM30, ada beberapa dokumen yang diperlukan; antaranya salinan tiket berlepas, salinan muka surat bergambar passport dan salinan muka surat terkini passport/visa.
TM30 ini juga sebenarnya boleh didaftarkan secara online di pautan ini. Perlu Log In dan daftar sahaja. Jika tidak mendaftar, anda berkemungkinan dedenda sebanyak 1,600 Baht (Rm213 +/-).
Untuk keselamatan, sila tanyakan kepada tuan rumah, tuan tanah yang menawarkan penginapan kepada and ajika mereka telah daftarkan TM30 untuk anda atau tidak.
ISI BORANG TM30 SECARA ONLINE UNTUK KE THAILAND
Macam ini borang nya :
p/s : Lepas ni kalau ke Thailand, pastikan isi dulu ye TM30 ni. Untuk keselamatan diri dan poket anda juga. Dan, jangan kena scam pulak ye…
Sumber : The Thaiger