"Tiba-Tiba Rasa Nak Makan Durian": Duda Sado Jual Durian Tanpa Baju Buat Ramai Wanita Tak Senang Duduk Di Terengganu!

TERKINI
June 07, 2023 - 12:10 PM


Sekarang ini rancak dan meriah dengan musim durian yang sering dinanti-nantikan rakyat Malaysia setiap tahun.

Justeru tak hairanlah, di kiri kanan bahu jalan deretan gerai menjual raja buah itu wujud bagaikan 'cendawan tumbuh selepas hujan' dan bagi melariskan jualan pelbagai taktik jualan digunapakai orang peniaga durian bagi menarik pembeli ke gerai buah mereka.

Tetapi ada satu cerita menarik di Terengganu yang baru-baru ini viral di Tiktok apabila seorang pemuda bertubuh sasa menjual buah durian dengan separa bogel hingga menarik perhatian netizen -- lebih-lebih lagi di kalangan wanita. 

Pemuda 'sado' bernama Ery Syarif itu dilihat menjual durian tanpa memakai baju dan hanya mengenakan seluar pendek berwarna hitam serta topi warna hijau lumut.

Susulan ‘memperagakan’ diri seperti itu sambil menjual durian, dapat dilihat di ruangan komen, rata-rata kaum wanita tertarik mahu membeli durian jualannya dan ada berseloroh mengatakan diri mereka mengidam biarpun tidak hamil.

@erysyarif247

lokasi depan RHB BANK dataran austin gong badak.

♬ bunyi asal - DJ FAZLI🎧

Bagaimanapun, dalam pada masa yang sama, ramai juga yang meninggalkan kritikan kerana berasa kurang senang melihat cara pemuda tersebut mencari rezeki.

Difahamkan, hal itu berlaku di negeri Terengganu dan bukannya di Thailand yang selalunya menjual sambil menunjuk badan mereka yang sado.

Sedar diri dikecam ramai, Ery menjelaskan dirinya hanya menjual durian dan terbuka dengan segala komen yang ditinggalkan oleh netizen mengenai cara penampilannya.

Ery yang juga merupakan duda anak tiga itu difahamkan juga menjual keropok lekor secara sepenuh masa yang diuruskan bersama-sama keluarga.

Sumber: Beautiful Nara

@officialrileklah [Pesta Durian Tourism 2023] 😱😱 Berita baik untuk "𝗛𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗗𝘂𝗿𝗶𝗮𝗻" di Malaysia! @Tourism Malaysia mengadakan Pakej menarik di 6 buah negeri selama 𝗦𝗘𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡! sehingga 31 Ogos 🥳😍 #rileklah #cuticutimalaysia #malaysiatrulyasia #duriantourism2023 #amazingtangkak #tourismmalaysia #fyp #fypシ゚viral #durianlover ♬ Durian Dah Berbunga - Mr Os
Destination: