Tiket Balik Raya Habis? Jom Usha Tiket Tambahan ETS Ini

TERKINI
May 29, 2019 - 01:32 PM


Korang dah beli tiket nak balik kampung?

Bagi yang kehabisan tiket atau masih tak tahu nak balik menaiki pengangkutan awam yang mana, apa kata korang usha tiket tambahan ETS yang disediakan oleh KTMB untuk perjalanan 1- 4 Jun dan 7-10 Jun ini.

Disebabkan permintaan tinggi sempena cuti Hari Raya Aidilfitri kali ini, KTMB menambah 2 lagi tren ETS di antara Kuala Lumpur dan Padang Besar.

Tiket bagi kedua-dua perjalanan itu dijual bermula semalam (28 Mei) iaitu melalui kaunter tiket KTMB atau secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi mereka di www.ktmb.com.my.

Maklumat lanjut juga boleh didapati menerusi Facebook KTM Berhad, Twitter @ktm_berhad dan Instagram @ktmbofficial atau hubungi terus Pusat Panggilan 24 jam KTMB di 03-22671200.

Jom semak senarai tren tambahan ETS di bawah untuk destinasi balik kampung korang.