Nak Cuti-Cuti Malaysia Naik Kereta Api? Boleh Beli Tiket KTM & ETS Mulai 26 Jun

TERKINI
June 25, 2020 - 11:43 AM


Bagi yang merasai pengalaman Cuti-Cuti Malaysia menaiki kereta api, korang boleh mula membeli tiket mulai esok (26 Jun) bagi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Antarabandar untuk perjalanan antara 1 hingga 14 Julai.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu hantaran di laman Twitter rasminya menyatakan jadual waktu sedia ada masih dikekalkan dengan tambahan 6 lagi perkhidmatan ETS pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai Jumaat ini.

Pengguna dinasihatkan untuk membuat pembelian tiket menerusi www.ktmb.com.my atau aplikasi KTMB MobTicket.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh layari laman sesawang yang sama atau menghubungi pusat panggilan KTMB di 03-22671200 atau e-mel ke [email protected].

Sumber: Bernama

Destination: