Libur November Bersama KTMB, Dapat Diskaun Separuh Harga!

TERKINI
November 02, 2020 - 01:06 PM


Bermula 28 Oktober lalu hingga 16 November depan, kalau korang ada rancangan untuk berjalan-jalan dengan menaiki keretapi -- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang menawarkan diskaun tambang sehingga 50 peratus untuk perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Antarabandar (KTM Intercity).

Tawaran diskaun itu adalah bagi perjalanan ke mana-mana destinasi sedia ada membabitkan enam perkhidmatan ETS dan lapan KTM Antarabandar ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketika ini, kedua-dua perkhidmatan itu masih beroperasi bagi laluan di antara Stesen Tumpat, Johor Bahru, Gemas, Ipoh, Butterworth dan Padang Besar.

Jika berminat, korang dinasihatkan untuk membuat pembelian secara dalam talian di laman sesawang KTMB atau menerusi aplikasi KTMB Mobile (KITS).

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari saluran media baharu rasmi KTMB.

Tawaran diskaun ini dilakukan memandangkan jumlah penumpang bagi kedua-dua perkhidmatan itu mengalami penurunan yang ketara sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

 

Sumber: The Star

Destination: