Tips Berguna Untuk Elak Jadi Mangsa Scam

TERKINI
December 06, 2017 - 04:00 PM


Semenjak dua ini, pelbagai kes melibatkan penipuan melibatkan pengguna yang akhirnya terpaksa menanggung kerugian besar apabila ditipu oleh beberapa pihak yang tak bertanggungjawab.

Dalam era dunia digital hari ini, tanpa kita sedar, sebenarnya nombor telefon kita adalah data peribadi yang paling berharga dan jika diperoleh penjahat, dengan mudah diorang dapat menipu pengguna.

Sebelum lebih ramai yang terkena, ini kami nak kongsi tips untuk elakkan diri anda daripada menjadi mangsa scammer.

 

#1. Jangan Jawab Panggilan Antarabangsa

Ini taktik yang selalu digunakan oleh scammer luar. Jadi, anda janganlah jawab panggilan daripada nombor telefon luar negara yang tidak dikenali, lainlah nombor tersebut adalah senarai kenalan anda.

 

#2.Jangan berikan sebarang maklumat peribadi.

Maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, password perbankan online, kod CVV pada kad bank anda atau pun nombor TAC anda sila simpan untuk kegunaan anda sendiri sahaja.

Jika ada pihak meminta maklumat tentang kad debit/kredit dan perbankan online anda, lebih baik anda tamatkan sahaja panggilan tersebut jangan layan panggilan tersebut. Nanti anda termakan ayat-ayat manis scammer!

 

#3.Catat Segala Maklumat Pemanggil

Jika anda menerima panggilan daripada bank atau pihak penguatkuasa undang-undang mengenai sebarang masalah undang-undang melibatkan anda, catat butiran daripada pihak yang menghubungi anda.

Bertenang dan jangan panik. Semak nombor telefon bank anda atau pihak penguatkuasa undang-undang di laman web rasmi mereka seterusnya hubungi mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

 

#4. Jangan Muat Turun Aplikasi Yang Mencurigakan

Jangan memuat turun sebarang aplikasi jika anda diminta berbuat demikian kerana dikhuatiri mengandungi Malware atau Spyware yang mungkin dapat mendedahkan butiran peribadi anda.

Pastikan aplikasi itu adalah aplikasi rasmi daripada syarikat berkenaan, lagi-lagi yang melibatkan kewangan.

 

#5.Hubungi Talian Khidmat Pelanggan

Jika anda ada menerima panggilan yang tidak dikenali dan agak mencurigakan berulang kali, catatkan butiran dan nombor berkenaan dan terus hubungi talian khidmat pelanggan dan nyatakan segala butiran perbualan anda sebelum ini.

Pastikan talian yang anda hubungi itu betul lah. Cara mudah, layari laman web rasmi pihak yang berkenaan.

 

#6.Guna Aplikasi Untuk Menyekat Panggilan

Playstore dan iOs sering mengeluarkan aplikasi yang boleh menyekat panggilan. Fungsi ini amat berguna kerana masa panggilan diterima, sesetengah aplikasi boleh detect dan paparkan nombor berkenaan sebagai scammer dan sebagainya.

Salah satu contoh aplikasi yang boleh digunakan ialah Truecaller.

 

Moga perkongsian ini bermanfaat dan team rileklah nak pesan supasa sentiasalah berhati-hati dengan panggilan yang mencurigakan.