"Titanic 2.0" - Kapal Selam Titan Disahkan Meletup, 5 Penumpang Terkorban

TERKINI
June 23, 2023 - 11:48 AM


Insiden tenggelamnya kapal Titanic pada 14 April, 1912 sepertinya berlaku sekali lagi. Biarpun angka korbannya jauh berbeza, insiden kehilangan kapal selam Titan yang bertujuan untuk meneroka bangkai kapal bersejarah itu cukup mengerikan.

Kesemua lima penumpang kapal selam Titan disahkan maut. Pengawal pantai Amerika Syarikat berkata, kapal selam yang dilapor hilang sejak Ahad lalu itu dipercayai meletup berhampiran Titanic. Serpihan kapal selam berkenaan ditemui pasukan pencarian dan penyelamat berhampiran Titanic, sekali gus menjadi petunjuk Titan telah berakhir di Laut Atlantik.

Bahagian ekor Titan bersama serpihan lain ditemui kira-kira 500 meter dari bangkai Titanic, yang terletak pada kedalaman 4,000 meter.

Dalam perkembangan sama, syarikat pengedali ekspedisi berkenaan, Oceangate berkata, kesemua penumpang Titan termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, Stockton Rush, dipercayai terkorban.

Empat mangsa lain dikenal pasti sebagai Shahzada Dawood serta anaknya Suleman Dawood, jutawan British Hamish Harding dan Paul-Henri Nargeolet.

Bagaimanapun, Oceangate tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai pengesahan kesemua penumpang yang meninggal dunia.

Destination: