Trend Pemakanan Pelik Yang Tengah Trending Di Jepun…

TERKINI
October 12, 2017 - 10:04 AM


Walaupun kedengaran pelik tetapi percayalah, makan ayam mentah tengah trending dekat Jepun!

Kita biasa dengar pasal makan salmon mentah kan? Dekat Sushi King Malaysia pun ada Salmon mentah ni. Tapi, trend pemakanan yang satu ni pelik betul.Inilah yang kita risaukan, bila masing-masing nak tunjuk dia paling ‘rare’ di Instagram.

Sashimi ayam ini memang ayam mentah, tidak lah kata dah direbus dulu ke apa kan.. Kalau tengok gambar yang mereka kongsi di Insagram, memang nampak merah lagi isi ayam tu.\

 

 

Menurut Ben Chapman, pakar keselamatan makanan dan juga merupakan Professor di Universtiti North Carolina berkata risiko memakan shashimi ayam ini amatlah tinggi.

Sebabnya, kita akan terdedah dengan pelbagai bakteria yang membolehkan kita mendapat keracunan makanan. Disebabkan ayam ini mentah, kebarangkalian besar bakteria ini ada diatas atau dalam isi ayam itu sendiri.

Antara risiko yang mereka akan hadapai daripada jangkitan virus Salmonella ini adalah cirit birit, demam dan juga kekejangan perut. Dikatakan hanpir 1.2 juta manusia dijangkiti virus ini setiap tahun dan lebih kurang 450 mati kerana jangkitan tersebut.

 

Chapman menambah bahawa makan ayam mentah adalah berbeza daripada makan ikan mentah, yang boleh didapati biasanya dalam hidangan sushi yang lazat. Ini kerana kuman dalam ikan mentah yang paling mungkin buat manusia jatuh sakit adalah parasit, tetapi parsit ini boleh dibunuh dengan membekukan ikan, kata Chapman.

 

 

Lain pulak dengan Salmonella , kerana ia 'tidak akan terjejas oleh pembekuan'.

Sebenarnya, Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kesejahteraan menasihatkan restoran untuk "menilai semula menu ayam mentah dan separuh mentah," menurut The Asahi Shimbun, akhbar Jepun pada Jun lagi

Kesemua restoran digesa supaya memasak ayam ke suhu dalaman 75 darjah Celsius selepas 800 orang berkata mereka sakit selepas makan ayam sashimi dan gulungan "sushi" ayam.

Loya pulak tekak, kita dekat Malaysia ni, ayam KFC yang tak masak pun kita bising, inikan pulak mentah. Pelik betul diorang nil ah…

 

Sumber : Unilad

Destination: