Tun M Kongsi Nilai Kehidupan, Harapan Kepada Rakyat Dalam My Voice My Nation 2019

TERKINI
July 01, 2019 - 06:02 PM


Gamat sebentar suasana Axiata Arena apabila sosok Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir melangkah masuk ke kawasan arena semalam untuk acara My Voice My Nation 2019.

Acara yang berlangsung selama empat jam ini menampilkan ramai personaliti daripada pelbagai latar belakang dari dalam dan luar negara bakal melakukan perkongsian berkisarkan perjalanan hidup mereka untuk dijadikan sumber inspirasi kepada penonton.

YB Syed Saddiq antara speaker yang dijemput

Konsert berbentuk edutainment ini merupakan acara pengucapan awam atau public speaking yang membawakan ramai personaliti atau pendebat dari seluruh dunia termasuklah Colombia, Amerika Syarikat, Hong Kong, Taiwan dan Korea Selatan untuk berkongsi kisah hidup mereka dan memberikan inspirasi kepada semua yang hadir. 

Konsert yang berbentuk ‘public speaking’ ini ternyata menarik minat ramai kerana ianya merupakan konsert yang pertama seumpamanya.

Ucapan yang paling dinantikan semestinya perkongsian hidup daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang menyeru anak-anak muda untuk mempertahankan kemerdekaan negara yang telah dikecapi selain beberapa isu yang ditekankan kepada penonton khususnya anak muda jika ingin berjaya.

Konsert My Voice My Nation 2019 malam semalam turut diserikan dengan pelancaran Yayasan Atlet Paralimpik Malaysia yang berjaya mengumpul sebanyak RM50,000 hasil daripada penjualan tiket ke konsert berkenaan.

Selama empat jam konsert berlangsung, boleh dikatakan ianya bertepatan dan menemui sasaran sebenar sebagai platform perkongsian latar belakang serta cerita peribadi yang memberikan inspirasi kepada penonton.

Selian pengucapan awam, program ini juga menjeput beberapa individu yang sangat istimewa. Walaupun dilahirkan kurang sempurna, tetapi mereka ini telah berjaya buktikan yang kejayaan akan datang kepada mereka yang benar-bernar berusaha.

Misal contoh, Jen Bricker yang memukau penonton dengan persembahan akrobatik walaupun dilahirkan tanpa kaki dan Zuly Sanguino juga tidak kurang hebatnya. Berkongsikan cerita suka duka dirinya yang dilahirkan tanpa kaki dan tangan. 

Mendapat ilham daripada program induk di China ‘My Voice My World’ program ini seeloknya diteruskan supaya lebih ramai lagi anak muda terinspirasi dengan kisah dan penceritaan speaker yang masing-masing menghadapi dan terpaksa mengharungi kesusahan dan pelbagai cabaran sebelum menjadi seorang yang berjaya.

Video penuh acara boleh ditonton di bawah; kredit kepada Kini TV :